Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malasysia hari ini mengesahkan pihaknya menyiasat tiga sekeluarga yang ditahan berpura-pura meminum racun akibat kemurungan kerana mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan risiko kecederaan fizikal atau emosi akibat perbuatan jenayah itu.


KUALA LUMPUR – Polis sedang melakukan siasatan tiga sekeluarga yang ditahan kerana merakamkan video berpura-pura meminum racun akibat kemurungan dan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada risiko kecederaan fizikal atau emosi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan dan sedang menyiasat penularan klip video dengan kapsyen please do not call me until finish watching.

Katanya, klip video berdurasi 16 minit 03 saat dimuat naik suspek yang merupakan pemilik akaun bernama Reuben George.

Katanya, siasatan dikendalikan ke atas mereka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak itu kepada kemungkinan kecederaan fizikal atau emosi.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran kepada awam dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) keran menyalahgunakan perkhidmatanm rangkaian secara tidak wajar.

“Tindakan suspek menularkan perlakuan ‘bunuh diri’ di media sosial boleh mengundang kepada ‘Copycat Suicide’ bagi mereka yang berisiko sebagaimana dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr. Noor Hisham Abdullah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk keputusan selanjutnya.

Menurut Abd. Jalil, klip video klip yang dimuat naik suspek itu turut mempertikaikan usaha kerajaan dan menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik dalam menangani penularan Covid-19 yang meyebabkan tekanan dan kemurungan dalam kalangan rakyat, sekali gus menyumbang kes bunuh diri.

“Di antara minit ke-11.15 hingga 11.25 dalam video sama, suspek mengakui tindakan tersebut yang dibuat adalah merupakan role play dan cecair yang diminum adalah bukan racun.

“Klip video tersebut telah mendapat 252 responds dan 93 komen dan 246 shares dan 6,300 tontonan sejak ditularkan di media sosial dua hari yang lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Abd, Jalil turut menasihati orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang bersifat sensitif.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – MalaysiaGazette