ROM – Manchester United sedia membuka tawaran kepada AS Roma yang kini di bawah oleh Jose Mourinho untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri kelab itu, Alex Telles.
Kelab Seria A itu dilaporkan membuat tawaran berkenaan dan Mourinho dikatakan tidak menolak peluang untuk mendapatkan Telles.
Ia berikutan mereka juga kehilangan pemain pertahanan versatil, Leonardo Spinazzola untuk tempoh yang agak lama selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad Itali di Euro 2020.
Bagaimanapun, Roma mahu mencuba nasib mengemukakan tawaran secara pinjaman terlebih dahulu kepada United berbanding membuat keputusan untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal.
Telles kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan minit permainan untuk musim pertamanya di Old Trafford selepas melengkapkan perpindahannya dari FC Porto musim lalu.
Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Luke Shaw menyebabkan Telles gagal untuk mendapat peluang beraksi sertaperlu mencari peluang bersama pasukan lain dan Roma mungkin menjadi destinasi seterusnya. – MalaysiaGazette