Robert Lewandowski.

LONDON – Manchester City dilaporkan beralih minat kepada penyerang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski ketika mereka terdesak untuk mendapatkan seorang penggempur berkelas dunia.

City pada awalnya mahu mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane tetapi nilai yang terlalu tinggi £150 juta pihak pe­ngurus kelab itu dipercayai mahu mengekalkannya untuk tempoh semusim lagi.

Namun City mula memantau pemain antarabangsa Poland itu kerana dia memiliki baki kontrak selama dua tahun bersama gergasi Jerman berkenaan.

Lewandowski, 32, kini meraih pendapatan sekitar £300,000 (RM1.74 juta) seminggu belum menerima sebarang tawaran baharu.

Dia sebelum ini pernah bekerja di bawah kendalian Pep Guardiola yang mengemudi Bayern merangkul kejuaraan Bundesliga pada musim 2014 hingga 2016.

Real Madrid juga merupakan antara pasukan yang sudah lama mengidamkan khidmat Lewandowski tetapi mereka sudah berjaya mendapatkan pemain pertahanan Bayern, David Alaba untuk dibawa ke Santiago Bernebeu.

City percaya mereka mempunyai peluang mendapatkan Lewandowski kerana Bayern perlu membuat pertimbangan berdasarkan faktor kewangan kerana mereka berdepan risiko kehilangan pemain itu secara percuma jika kontraknya memasuki tahun terakhir nanti.

Lewandowski berjaya menjaringkan 41 gol dalam saingan liga musim lalu selain dia juga berjaya meledak tiga gol pada aksi Euro 2020 bersama Poland.

Bayern kini di bawah jurulatih baharu, Julian Nagelsmann. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast