KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.
Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 13,107,716 dos. – MalaysiaGazette