KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, syarikat China, Xiaomi merampas kedudukan kedua dari Apple dalam ranking penghantaran telefon pintar global pada suku kedua tahun 2021.

Syarikat penyelidikan Canalys berkata, penghantaran telefon pintar meningkat 12% pada suku lalu, dipacu oleh program vaksinasi Covid-19 di seluruh dunia.

Samsung pula masih mengekalkan kedudukan pertama.

Apple hilang kedudukan kedua dalam penghantaran telefon pintar kepada Xiaomi pada suku kedua 2021.

Syarikat China juga mengalami pertumbuhan yang paling ketara pada suku terakhir dengan kenaikan penjualan sebanyak 83%, sementara Samsung mencatat kenaikan 15% dan Apple hanya 1%.

Dari segi penguasaan pasaran, Samsung menyumbang 19% penjualan telefon pintar global pada suku 2021, sementara Xiaomi merekodkan 17% dan Apple 14%.

Oppo dan Vivo, masing-masing bersaing untuk tempat keempat dan kelima dengan 10% penguasaan pasaran.

Menurut penyelidikan, salah satu sebab utama pertumbuhan Xiaomi adalah peningkatan penjualan yang melebihi 300% di Amerika Latin, ditambah dengan pertumbuhan 150% di Afrika.

Berbanding dengan peranti Samsung dan Apple, Xiaomi menawarkan produk yang berharga 40% dan 75% lebih murah, sehingga ia menjadi lebih popular di negara-negara baharu muncul.

Walaupun rankingnya jatuh, Apple masih dalam kedudukan yang baik.

Morgan Stanley dan JP Morgan baru-baru ini menaikkan sasaran harga mereka untuk AAPL kerana mereka percaya iPhone 13, yang dijangka diperkenalkan pada musim gugur ini, akan mengukuhkan penjualan iPhone 12.

Penyelidikan terbaru oleh Consumer Intelligence Research Partners menunjukkan bahawa barisan iPhone 12 menyumbang 63% daripada penjualan iPhone AS pada suku ketiga 2021.

Penyelidikan terbaharu oleh Consumer Intelligence Research Partners menunjukkan barisan iPhone 12 menyumbang 63% daripada penjualan iPhone pada suku ketiga 2021. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast