Gara-gara takut video lucahnya tersebar, seorang lelaki diperas ugut sebanyak RM10,000 oleh seorang wanita warga asing.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara takut video lucahnya tersebar, seorang lelaki diperas ugut sebanyak RM10,000 oleh seorang wanita warga asing.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, peras ugut itu dilakukan melalui aplikasi telefon bimbit.

“Pada 13 Julai lalu, pengadu berkenalan dengan suspek melalui aplikasi TANTAN dan berkongsi ID dari aplikasi LINE. Pengadu semasa berbual dengan suspek di dalam aplikasi tersebut telah diperkenalkan dengan rakan suspek yang lain dan diminta memuat turun satu aplikasi dengan memasukkan kod jemputan.

“Selepas memuat turun aplikasi tersebut, pengadu mendapati telefon bimbitnya tidak berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudiannya, pada 14 Julai lalu, pengadu telah menerima videonya sedang beronani yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi LINE.

Pengadu percaya video lucah itu diperoleh oleh suspek daripada memori telefonnya dan pengadu diugut memasukkan wang ke dalam satu akaun bank atas nama seorang lelaki sekiranya tidak mahu video itu tersebar.

Takut video itu tersebar, pengadu telah memasukkan wang sebanyak RM10,000 dalam empat transaksi sebelum membuat laporan polis.

Justeru, menurut Anuar, orang ramai perlu berhati-hati dengan modus operandi penjenayah yang melakukan pemerasan wang dalam era teknologi maklumat menggunakan aplikasi telefon bimbit.

Menurutnya, sebanyak 20 kes melibatkan jenayah yang sama telah dilaporkan bagi tahun ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast