Messi bersetuju gaji dipotong 50 peratus untuk mengikat kontrak lima tahun bersama Barcelona di Nou Camp kali ini.

MADRID – Mahkamah Sepanyol menggugurkan pertuduhan yang difailkan ke atas bintang Barcelona, Lionel Messi pada tahun 2020 oleh seorang lelaki yang mendakwa pemain Argentina itu terbabit dalam pengubahan wang haram dan penipuan.

Federico Rettori yang merupakan warga Argentina yang tinggal di Sepanyol dan mendakwa pernah bekerja di bawah badan kebajikan milik Messi turut memfailkan pertuduhan sama pada tahun 2019 tetapi digugurkan.

Dalam pertuduhan berkenaan dia mendakwa dana yang diterima yayasan untuk tujuan sosial disalurkan untuk pelbagai aktiviti peribadi atau akaun bank yang berbeza daripada diisytiharkan yayasan berkenaan.

Dalam pertuduhan difailkan pada tahun lalu, Rettori sekali lagi menamakan Messi, dan bapanya Jorge serta abangnya Rodrigo, serta menambah beberapa dokumen sebagai bukti.

Namun Mahkamah Sepanyol dalam keputusannya berkata selepas dua tahun menyiasat, tiada unsur jenayah dilakukan tertuduh dan tiada bukti bagi menyokong dakwaan.

Sebaliknya dia mengetuai sebuah persatuan bernama “El Buen Camino” atau “The Right Path” yang menerima 150,000 euro (RM745,440) pada tahun 2014 dan 2015 untuk menangani isu kematian bayi di Sierra Leone.

Projek itu bagaimanapun dibatalkan susulan epidemik Ebola di negara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast