PARIS – Dua perkataan yang diucapkan oleh seorang pengawal trafik udara hampir menyebabkan dua penerbangan antarabangsa yang berada pada jarak 90 meter antara satu sama lain berlanggar di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, menurut satu laporan.

Kejadian berlaku ketika pesawat United Airlines dari New Jersey, Amerika Syarikat hendak mendarat manakala pesawat easyJet sedang bersedia untuk berlepas ke Malaga, Sepanyol pada 20 Julai 2020.

Laporan insiden tersebut dikeluarkan Pertubuhan Penyiasatan Keselamatan Perancis (BEA) pada minggu ini.

Ketika itu, pesawat-pesawat berlepas dari landasan di sebelah kanan, 09R manakala pesawat yang mendarat menggunakan landasan di sebelah kiri, 09L.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat Boeing, B787 United Airlines yang sepatutnya mendarat di landasan 09L, pengawal trafik udara memberitahu kru penerbangan tersebut untuk mendarat di ‘9 right’ (09R).

Pengawal trafik udara itu kemudiannya memberitahu juruterbang pesawat easyJet untuk berlepas daripada landasan yang sama, 09R.

BEA berkata, kru United Airlines cuba mengesahkan pertukaran landasan dengan berkata ‘faham’ dan ‘mengenepikan 9 right’ namun pengawal trafik udara terbabit tidak membalas pengesahan tersebut.

Kru United Airlines mumulakan proses pendaratan. Pada masa sama, kru pesawat easyJet yang berada di landasan 09R bertanya kenapa pesawat United Airlines memulakan pendaratan dan memberi amaran tentang kemalangan kedua-dua buah pesawat.

Ketika pesawat United Airlines berada pada ketinggian 300 kaki (91 meter) dan kira kira 1,300 meter dari hujung landasan terbang, kru pesawat easyJet dan pengawal trafik udara memberi amaran kepada juruterbang United Airlines untuk membatalkan pendaratan.

Pesawat tersebut nyaris berlanggar dengan jarak antara satu sama sejauh 91 meter, menurut laporan itu.

Pada hakikatnya, pengwal trafik udara tidak mempunyai  pandangan selari dengan landasan kerana skrin berhadapan kedua-dua landasan rosak dan beliau berkerja dengan menggunakan skrin yang lain, menurut laporan tersebut.

Pengawal trafik udara itu memberitahu para penyiasat bahawa beliau keliru dengan sebuah pesawat lain sebelum itu yang memohon untuk mendarat pada landasan 09R berikutan masalah teknikal.

Kata pengawal trafik udara itu, beliau ‘tersalah cakap kerana memberi tumpuan kepada landasan 09L dengan pesawat B787 Air France baharu sahaja mendarat’, menurut laporan tersebut.

Laporan tersebut mendapati pengawal trafik udara itu tidak mahir berikutan pengurang trafik udara berikutan penularan Covid-19.

Para penyiasat berkata, kru United Airlines sepatutnya menggunakan istilah ‘sah’ sebagai maklum balas kepada arah yang diberikan pengawal trafik udara berbanding ‘faham’ yang mana ia bukannya istilah standard. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast