LONDON – Liverpool telah mengenal pasti penyerang West Ham United, Jarrod Bowen sebagai calon berpotensi menguatkan jentera serangannya menjelang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 bermula 13 Ogos ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai the Hammers 18 bulan yang lalu dari Hull City untuk yuran bernilai £25 juta.
Bowen meletakkan dirinya sebagai pemain berpengaruh bek kanan jentera serangan Hammers dan berjaya menyumbang lapan gol dan mendaftarkan lima bantuan gol dalam EPL musim lalu.
Laporan di London mendakwa the Kops kendalian Jurgen Klopp akan memasuki pasaran untuk memperkuatkan serangan musim ini jika Divock Origi dan Xherdan Shaqiri meninggalkan Anfield.
Bowen muncul dalam senarai pemain baharu yang bakal direkrut Liverpool musim ini dan laporan mendakwa dia menjadi pilihan utama Klopp.
Bowen juga dikatakan mampu memberi saingan di jentera serangan pasukan itu.
Terdahulu Liverpool sudah mengesahkan pembelian Ibrahima Konate dengan nilai £36 juta namun masih buntu mencari pengganti Georginio Wijnaldum yang menyertai Paris Saint Germain.-MalaysiaGazette