Syabu yang ditemui disembunyikan di bot kayu.

JOHOR BAHRU – Maritim Malaysia Johor merampas dadah disyaki jenis syabu seberat empat kilogram dan nilainya dianggarkan RM200,000 di perairan Pulau Merambong awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria menerusi kenyataan medianya memberitahu, rampasan dibuat ketika bot ronda Maritim sedang melaksanakan rondaan Ops Jaksa di perairan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, dekat sini.

Dalam operasi tersebut, kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya telah mengesan sebuah bot kayu berada dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Merambong.

“Sebaik sahaja menyedari dirapati bot ronda Maritim Malaysia, suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek dan melarikan diri ke arah paya bakau berhampiran.

“Bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan suspek itu menggunakan enjin sangkut jenama Suzuki 15 kuasa kuda, diperiksa geledah dan telah menemukan empat bungkusan plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disorok dalam sebuah tong minyak dengan setiap satu bungkusan itu dianggarkan seberat satu kilogram.

“Setiap bungkusan itu dianggarkan seberat satu kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM215,000,” katanya.

Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim  Malaysia, katanya,memandang  serius  terhadap  operasi  penguatkuasaan  di  laut dan  tidak  teragak agak  untuk  mengambil  tindakan  lebih  tegas  terhadap  mereka yang  cuba  melakukan  aktiviti  jenayah  di  sepanjang  Zon  Maritim  Malaysia.

Jika  terdapat  sebarang  aduan  mengenai  jenayah  maritim  di  perairan  Johor,  sila hubungi  Pusat  Operasi  Maritim  Negeri  Johor  di  talian  hotline  (07 yang  beroperasi  secara  24  jam  atau  talian  kecemasan  MERS  999. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast