KUALA LUMPUR – Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia sudah pun mendapatkan suntikan vaksin tetapi tidak berkongsikan perkara itu di media sosial.
Menerusi siaran langsung Instagram miliknya baru-baru ini, wanita berusia 42 tahun itu berkata, tindakannya itu untuk menjaga sensitiviti orang ramai berkenaan hal tersebut.
“Saya dah vaksin, saja je tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.
“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak gambar nanti saya post lah. Saya pun rasa terlalu ramai orang sensitif, ada benda tak perlu. Kalau saya nak letak saya letak,” katanya.
Dalam pada itu, Siti turut menyeru orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin dan bersama-sama mencegah penularan virus membawa maut itu. – MalaysiaGazette