MANILA – Filipina tidak akan membenarkan pengunjung dari Malaysia dan Thailand memasuki negara itu.
Arahan tersebut selari dengan langkah mengetatkan lagi kawalan di sekitar Manila bagi membendung penularan varian Delta Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Presiden, hari ini.
Sebelum ini, Filipina telah melarang kemasukan pengunjung dari Indonesia dan kebanyakan negara Asia Selatan.
Perintah duduk di rumah dan sekatan perjalanan di Metro Manila diperketatkan sehingga sekurang-kurangnya 31 Julai. – Agensi