LONDON- Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan EFL berdepan cabaran dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (OFA) di England berhubung cadangan memasukkan klausa vaksin dalam kontrak pemain selepas ini.
Sportsmail secara eksklusif difahamkan beberapa kelab EPL dan EFL sedang mempertimbangkan untuk menjadikan vaksinasi sebagai syarat kontrak seseorang pemain memandangkan pengambilan suntikan vaksin sangat rendah dalam kalangan pemain bola sepak di United Kingdom.
Kerajaan UK mahu semua pemain bola sepak di England dan juga kakitangan mereka menerima suntikan dos vaksin lengkap menjelang Oktober ini.
Langkah ini akan memberi keyakinan kepada kerajaan dalam melindungi rakyatnya daripada jangkitan Covid-19.
Ia gara-gara kebanyakan pemain berusia 20-an masih enggan menerima vaksin dengan tanggapan risiko jangkitan Covid-19 kepada mereka rendah dan pengambilan suntikan adalah tidak logik.
Selepas penjaga gol Birmingham, Neil Etheridge dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 Jun lalu, ia mencetuskan kebimbangan terhadap Kerajaan UK.
Bagaimanapun ada kelab bola sepak berpendapat mengambil atau menolak vaksin adalah hak peribadi seseorang dan tidak boleh dipaksa oleh sesiapapun.
“Pemain bola sepak adalah individu yang sudah dewasa dan matang, tak wajar memaksa mereka untuk mengambil suntikan vaksin.
“Kamu boleh memberikan pendapatan dan nasihat secara profesional tetapi keputusannya adalah ditangan pemain masing-masing,” kata pengurus Birmingham Lee Bowyer.- MalaysiaGazette