kain rentang anti-pogba yang digantung penyokong PSG di Kain rentang yang digantung di hadapan padang latihan kelab itu dalam bahasa Perancis sebagai membantah kehadiran Pogba ke PSG musim ini.

PARIS – Ketika Paris Saint Germain sedang berusaha membawa masuk Paul Pogba ke Parc des Princes, apa yang berlaku di luar mengejutkan semua.

Ini kerana para penyokong pasukan gergasi Ligue 1 Perancis itu mengangkat kain rentang anti-Pogba sebagai membantah usaha pembelian bintang Manchester United itu yang sedang dilakukan kelab kesayangan mereka.

Laporan di Parc des Princes mencadangkan para penyokong PSG tidak gembira dengan kehadiran bintang Perancis itu ke kelab mereka.

Ramai pemerhati sukan keliru dengan reaksi penyokong PSG.

Bagaimanapun, ada dakwaan respons penyokong PSG itu rentetan daripada tindakan Pogba yang meraikan kemenangan red Devils menyingkirkan PSG dalam aksi suku akhir Liga Juara juara Eropah pada 2019.

Kain rentang yang digantung di hadapan padang latihan kelab itu dalam bahasa Perancis berbunyi:” Pogba kamu harus mendengar kepada nasihat ibu kamu.. Dia tidak mahu kamu berada di sini (PSG).. begitu juga kami (penyokong PSG)”.

Bagaimanapun, tiada sesiapapun yang tampil bertanggungjawab ke atas penggantungan kain rentang itu setakat ini.

Mark Ogden dari ESPN berpendapat Manchester United mahu Pogba yang berada dalam tahun terakhir kontraknya kekal di Old Trafford namun mereka bersedia untuk menerima yuran £50 juta dari mana-mana kelab yang memerlukan khidmatnya musim ini.

Nilai berkenaan sama dengan klausa pelepasan yang perlu dibayar oleh Ole Gunnar Solskjaer kepada Real Madrid untuk mengesahkan khidmat bintang pertahanannya Rafael Varane musim ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast