TRELEW – Sebuah tasik di Argentina menjadi viral selepas airnya bertukar menjadi warna merah jambu.
Perubahan itu disebabkan oleh pencemaran, kata pakar-pakar.
Lagun yang terletak di wilayah Patagonia selatan Argentina berubah menjadi merah jambu kerana fenomena yang disebabkan oleh bahan kimia.
Perubahan warna air itu berpunca daripada natrium sulfit, produk anti-bakteria yang terdapat di kilang ikan.
Menurut pakar, perubahan air itu menjadikan air tasik itu cantik tetapi berbau busuk.
Malah, penduduk-penduduk sekitar mula mengadu bau busuk dari lagun tersebut.
Aduan penduduk itu disokong dengan dakwaan berpuluh-puluh trak membuang sampah di lagun tersebut setiap hari.
Namun, respons Ketua Kawalan Alam Sekitar wilayh Chubut amat menyedihkan.
Juan Micheloud berkata, warna kemerah-merahan itu tidak akan merosakkan tasik dan akan hilang dalam beberapa hari. – MalaysiaGazette