Farah Ann Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi gagal mara ke pentas final acara individu all-around di Sukan Olimpik Tokyo semalam.

Pada saingan kelayakan tersebut, Farah Ann sekadar mengumpul 48.565 mata sekali gus menduduki tangga ke-53 daripada 85 peserta sekali gus impiannya untuk memburu tiket ke pusingan akhir tidak kesampaian.

“Saya sudah berikan segalanya tapi tidak berjaya. Saya cuba ‘move on’ dan buat yang terbaik dalam kejohanan akan datang,” katanya kepada Astro Arena.

Pada saingan tersebut, gimnas Amerika Syarikat (AS), Simone Biles terus mencuri tumpuan apabila menduduki tangga teratas diikuti rakan senegaranya, Sunisa Lee selepas masing-masing mengumpul 57.731 mata dan 57.166 mata.

Atlet Rusia, Angelina Melnikova menduduki tangga ketiga dengan kutipan mata 57.132. Pada saingan tersebut, hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast