KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan kewangan kepada Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

MOTAC menerusi kenyataan berkata, bantuan ini merupakan inisiatif Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Menerusi program tersebut bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.

Sehubungan itu, MOTAC menyeru syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan.

Kementerian itu berkata, tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan Pemerkasa 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen boleh diketahui menerusi laman sesawang rasmi MOTAC.- MalaysiaGazette