KUALA LUMPUR – Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan masyarakat menerusi tiga matlamat terkandung dalam Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2.0 (DPKM) yang dilancarkan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga matlamat itu meliputi usaha untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan serta memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan.
Selain itu, beliau berkata 13 strategi bersifat menyeluruh telah dibentuk bagi mencapai matlamat dasar berkenaan.
“Selain itu, isu-isu pemakanan utama negara seperti sekuriti makanan dan pemakanan juga telah diintegrasikan dalam Dasar Agromakanan (DAN) 2.0,” katanya ketika melancarkan DPKM 2.0 secara maya hari ini yang turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
— BERNAMA