KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil cemerlang apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Facebook hari ini memaklumkan Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) dalam peperiksaan yang sama .

“Beliau (Hannah Mumtazah) merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019, iaitu kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Hannah Mumtazah kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM  Shah Alam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.