KUALA LUMPUR – Penyanyi, Elyana telah menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elyana, 34 turut memohon doa orang ramai agar urusannya menjalani rawatan tersebut dipermudahkan dan semoga dirinya terus kuat.
“Esok (semalam) dah mula radioterapi bahagian liver dan pinggul. Malam ini tidur hospital sorang-sorang. Tiba-tiba sayu je rasa. Doakan radiotherapy saya kali ini berjalan lancar dan semoha saya kuat,” tulisnya.
Sebelum ini, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Kata penyanyi lagu Kalis Rindu itu lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.
Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak 11 tahun yang lalu. – MalaysiaGazette