Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. foto FAREEZ FADZIL, 03 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – “Mana ada keadilan dalam dunia ni”.

Demikian ayat yang dilontarkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika bangun mencelah perbahasan sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau melontarkan kata-kata itu ketika Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Bung Moktar Radin memulakan perbahasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Bung Moktar yang terkejut apabila diberitahu oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa masa yang dtetapkan adalah tujuh minit sahaja.

“Ha!”

“Saya baru nak bercakap, orang lain dapat berucap lama,” katanya.

Khalid yang tergelak dengan respon tersebut terus bangun dan berkata: “Mana ada keadilan dalam dunia ini, padan muka awak.”

Kenyataannya itu disambut beberapa ahli Parlimen dengan gelak ketawa dan ada yang berkata: “Sebab itu kita mohon masa lebih.”

Bung Moktar kemudiannya merayu kepada Speaker agar diberi 10 minit untuk berbahas kerana beliau adalah ahli Parlimen yang datang dari jauh.

Azhar membenarkan permintaan tersebut. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. hidup lagi khalid lalok ni.. asal cakap je, nampak banggang dia keluar..
    aku pun tak paham kenapa shah alam boleg pilih khalid lalok ni jadi yb dieorg

Comments are closed.