KUALA LUMPUR – Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdiri teguh dan menyokong tanpa berbelah terhadap presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga merakam ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Parlimen daripada Parti Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, PBS dan empat ahli Parlimen bebas yang bersamanya.
“Bersatu akan terus fokus dan komited untuk meneruskan agenda
membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Terdahulu, Ahmad Faizal juga menjunjung kasih atas titah Yang Dipertuan Agong yang menyeru agar semua ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada usaha menjaga kesejahteraan rakyat serta agenda memerangi Covid-19 pada Sidang
Khas Parlimen.- MalaysiaGazette
Dah Agong berdukacita..ko lg nak sokong Muhyidin & Taki kah? Patut ko jer jd PM Teja..kerajaan PN blh kekal..Muhyidin jer blah