PARIS – Paris ‘berhutang’ dengan French Polynesia kerana melakukan beratus-ratus ujian nuklear di wilayah Pasifik selatan dalam tempoh 30 tahun yang mana ia memberi kesan kepada lebih 100,000 orang, kata Presiden Perancis.
Dalam ucapannya semasa lawatan pertama ke wilayah tersebut, Emmanuel Macron berkata, sebanyak 193 ujian nuklear dilakukan Perancis di wilayah tersebut antara 1966 hingga 1996 yang mana ia memberi kesan negatif kepada kesihatan pendudk tempatan.
Macron berkata, negara itu tidak akan melakukan ujian yang sama di wilayah Perancis.
Beliau berkata, Perancis akan mempercepatkan kerja-kerja yang membabitkan permintaan pampasan mangsa ujian nuklear.
Bagaimanapun, Presiden Perancis itu tidak memohon maaf secara rasmi bagi pihak negaranya seperti yang diminta persatuan-persatuan anti nuklear.
Siasatan baharu ujian nuklear di pulau-ulau Pasifik mendedahkan pihak berkuasa Perancis sengaja menyembunyikan kesan pencemaran radio aktif ke atas kesihatan penduduk Polynesia untuk tempoh lebih 50 tahun. – MalaysiaGazette