KUALA LUMPUR – Usahawan, Khalif Samsudin menafikan beliauĀ meninggikan suara dan biadap ketika bercakap dengan seorang warga emas pada program Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) baru-baru ini.
Beliau yang merupakan seorang influencer (personaliti) media sosial berkata, dia tidak pernah berniat untuk meghina sesiapa terutama warga emas tersebut seperti yang tular dalam rakaman video baru-baru ini.
“Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutama warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.
“Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa,” katanya yang dikenali sebagai Carl Samsudin menerusi hantaran Facebook.
Carl memohon maaf kerana ketika video itu dirakam ia kelihatan seperti beliau tidak beradab dengan warga emas tersebut namun semasa dan selesai bercakap, beliau menyantuni warga emas itu dan semua gelandangan yang hadir pada program tersebut dengan baik dan mereka semua kelihatan gembira pada hari tersebut.
Berikutan itu, beliau tidak terfikir akan berlaku sesuatu yang kurang baik daripada video tersebut kerana tidak pernah timbil pada fikirannya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan.
Ini kerana, menurut Carl, beliau juga sama seperti mereka yang pernah susah dan memerlukan bantuan orang lain
“Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk meghina mereka sedangkan saya sendiri adalah manusia yang hina penuh dengan dosa,” katanya sambil menambah beliau akan berjumpa dengan warga emas tersebut untuk memohon maaf dan perbetulkan kesilapannya.
Mengulas lanjut, Carl memberitahu, insiden tersebut berlaku pada program anjuran Pusat Transit gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) denganĀ kerjasama Yayasan Kebajikan Nengara (YKN) bagi membantu membantu golongan gelandangan untuk bangkit dan mengubah hidup dengan memulakan perniagaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya, terdapat kira-kira 80 orang gelandangan menghadiri program tersebut namun yang berminat hanya 20 orang.
Menurut Carl, ketika memberi kata-kata semangat beliau bertanya kepada peserta program siapa secara sukarela mahu kongsikan kisah yang pernah mereka kesali dalam hidup supaya mereka yang lain tidak berasa keseorangan dan berpeluang untuk bangkit semula untuk mengubah hidup
“Maka uncle dalam video itu mangangkat tangan dan datang ke depan, mereka di situ bertepuk tangan atas keberanian uncle tersebut dan saya bertanya kepada uncle tersebut soalan dan berdasarkan jawapan uncle tersebut saya kongsikan dengan cara saya yang bersemangat kepada mereka yang lain yang berada di depan saya dan uncle tersebut
“Jika perhatikan betul-betul video penuh itu dengan teliti anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan, siapa yang pernah hadiri ceramah motivasi saya akan faham macam mana semangatnya saya bercakap dengan cara saya sendiri bagi mereka yang datang kepada saya untuk dibantu bangkit dan ubah hidup
“Saya bukan marah, saya hanya memang semangat bila bercakap membantu orang, saya tidak sesekali mengeluarkan perkataan yang keji dang menghina, cuma nada saya agak bersemangat,” ujarnya.
Menurut Carl, beliau menghadiri program tersebut atas jemputan pihak penganjur dan hanya mengikut dan menghormati apa yang penganjur ingin.
Sementara itu, Carl memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak memmakai pelitup mula ketika bercakap pada hari kejadian.
Tambahnya, beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi dan dikenakan kompaun.
“Saya akui ini salah saya, saya mohon maaf sekali lagi,” katanya. – MalaysiaGazette