KUALA LUMPUR – Himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ anjuran Sektetariat Solidariti Rakyat (SSR) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan melampau.
Ini kerana, perlakuan mereka umpama meremehkan usaha yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan rantaian penularan Covid-19 dapat dihentikan, kata Ketua Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.
“Benar bahawa demonstrasi dan perhimpunan adalah hak warganegara untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka.
“Namun, setiap orang juga perlu bertanggungjawab ketika wabak Covid-19 melanda. Bayangkan kiranya tercetus Kluster Lawan ini dek kealpaan setiap individu yang turun ke jalanan hanya kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
“Akibatnya, kes harian Covid-19 akan terus meningkat dan orang sekeliling mereka yang tidak berdosa mungkin menjadi mangsa daripada jangkitan wabak itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahir berkata, anak muda perlu bijak dalam membezakan yang mana permata dan yang mana kaca serta tidak ditipu berkali-kali dengan hasutan Pakatan Harapan.
Jelas beliau, sebelum menjadi kerajaan, mereka menaburkan pelbagai fitnah dan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Malaysia dan apabila menjadi kerajaan, segala janji tidak dilaksanakan kerana bukan kitab suci untuk dituruti.
Dengan memberikan contoh paling jelas, beliau berkata, satu juta peluang pekerjaan hanya janji kosong dam yang mendapat habuan adalah kroni mereka sendiri, NGO Youth Power Club melibatkan menteri Belia dan Sukan ketika itu, Syed Saddiq, dakwanya.
“DPIM bersama-sama kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional menyeru semua pihak kekal fokus dan bersatu demi manfaat rakyat Malaysia.
“Ingatlah, taruhan percaturan politik pada waktu ini adalah nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa. Berentaplah secara gentleman pada PRU-15 nanti,” katanya. – MalaysiaGazette
Mana janji pinjaman PTPTN dihapuskan.Orang muda kena tipu.
kurung dan tahan mereka SEMUA penganjur dalang peserta dalam wad ICU COVID supaya lihat sendiri kebenaran covid dan pengorbanan frontliner…..jika denda kompaun nanti ramailah kutip derma macam sadiq sigaragar