LONDON – Bekas bintang pertahanan England, Gary Cahill meninggalkan Crystal Palace selepas kontraknya tamat.
Pemain berusia 35 tahun itu menyertai Selhurst Park dengan kontrak dua tahun pada Ogos 2019 selepas meninggalkan Chelsea.
“Saya boleh sahkan bahawa telah meninggalkan Crystal Palace secara rasmi selepas kontrak dua tahun telah tamat kali ini,” kata Cahill dalam media sosial hari ini.
Cahill telah menjaringkan satu gol dalam 45 penampilan bersama the Eagles selama dua musim yang lalu.
Pengurus baharunya, Patrick Vieira telah menandatangani pemain pertahanan Joachim Andersen dan Marc Guehi musim ini.
Cahill dalam kariernya telah memenangi EPL, Piala FA, Piala Liga, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga Eropah semasa bersama Chelsea.
Bekas pemain Bolton Wonderers dan Aston Villa itu melakukan 61 penampilan antarabangsa bersama Three Lions sebelum bersara dari tugas antarabangsa selepas Piala Dunia 2018 di Rusia. -MalaysiaGazette