Pengarah Komunikasi PKN Negeri Sembilan, Mustafa Kamal Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah hilang sokongan khususnya dalam kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hanyalah spekulasi yang dimainkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Komunikasi PKN Negeri Sembilan, Mustafa Kamal Abdul Rahman berkata, naratif itu mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri merupakan salah satu usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki jawatan tersebut.

“Gabungan PN mempunyai 50 ahli Parlimen, terdiri daripada 31 ahli Parlimen Bersatu, Pas (18) dan Star (1).

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyatakan sokongan padu kepada Kerajaan PN di mana 18 ahli Parlimennya melalui kenyataan rasmi sejurus selepas kenyataan rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar, minggu lalu.

“Kekecohan semasa sidang khas Parlimen baru-baru ini sedang ditunggang sebaik mungkin oleh PH bagi meraih perhatian umum.

“Kerap ahli-ahli Parlimen PH menjual perkataan rakyat walhal rakyat di luar Parlimen tak mempedulikan urusan tersebut kecuali penyokong tegar mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Khamis lalu, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan dalam kenyataan rasmi menyatakan PN masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk meneruskan pentadbiran kerajaan meskipun berdepan dengan ketidaktentuan politik sejak akhir-akhir ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen termasuk 40 ahli Parlimen BN yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini

Dalam pada itu, Mustafa Kamal juga menegaskan sidang khas Parlimen menjadi titik untuk mencapai kesepakatan untuk menangani wabak Covid-19, malah hanya seorang ahli Parlimen daripada pembangkang senada dengan usaha itu.

“Hanya Ahli Parlimen Kepong, Lip Lim Eng menyatakan cadangan agar usahasama antara pihak kerajaan dan pembangkang digembleng dengan menumpukan usaha dalam tempoh lima enam bulan ini.

“Beliau mengesyorkan gencatan politik kepada semua parti agar usaha melawan Covid-19 ini dapat dijayakan,” katanya.

Mustafa Kamal tidak menafikan hanya soal politik banyak diperkatakan semasa sidang khas Parlimen ini, iaitu permainan untuk membawa urusan ke sesi pengundian usul tidak percaya yang disebut oleh beberapa ahli Parlimen PH.

“Itu agenda nyata yang mahu digunakan melalui sidang khas untuk menjatuhkan kerajaan. Namun setakat hari ini, ia masih tidak berlaku.

“Kini PH melambung pula naratif kerajaan derhaka. Namun jangan terlupa, semasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) memasyurkan Proklaminasi Darurat pada Januari lalu, PH yang menentangnya. Apakah mereka ini boleh ditakrifkan sebagai derhaka kepada titah Agong?

“Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media yang tersiar pada 17 Februari 2021, mahu mencabar pengisytiharan darurat oleh YDPA itu ke mahkamah. Wayang politik mengelirukan rakyat Malaysia sedang dimainkan oleh PH,” katanya.

Mengambil iktibar peristiwa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lepas yang menjadi punca penularan wabak Covid-19, YDPA telah berkenan menitahkan Proklaminasi Darurat di Sarawak dilanjutkan bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

“Ini bukan tindakan politik mempertahankan keberadaan GPS sebagai pemerintah, tetapi mengambil kira kepentingan awam khususnya nyawa rakyat agar tidak berlaku lonjakan wabak sebagaimana yang telah terjadi selepas PRN Sabah.

“Kerajaan Persekutuan bertindak bijak agar usaha melawan wabak ini berjaya, tambahan pula Sarawak telah menggerakkan usaha vaksinasi secara progresif. Sarawak telah mencatat jumlah vaksinasi ketiga tertinggi selepas Labuan dan Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, pertembungan poliitik antara parti wajar ditangguhkan dahulu sehingga keadaan negara stabil khususnya apabila proses vaksinasi mencapai sasaran imuniti kelompok dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Selepas tempoh itu, terserah kepada kerajaan untuk membubarkan Parlimen bagi tujuan pilihan raya.

“Kerajaan belum gagal dan kesungguhan menangani wabak Covid-19 itu turut dibuktikan melalui peningkatan kadar vaksinasi awam yang sudah mencapai 59 peratus setakat 29 Julai ini dengan pemberian dos menjejak angka 556,404 orang.

“Secara keseluruhan pada tarikh ini, sejumlah 19.5 juta daripada 30 juta rakyat Malaysia telah divaksinasi.

“Kita wajar lebih waspada semasa menerima sebaran media sosial dengan membandingkan kepastian maklumat yang lebih sahih.

“Jangan terus menghadam maklumat sebelah pihak tanpa ada pro dan kontra. Jika tidak, anda akan terus dikelirukan untuk terus mempercayai maklumat separuh masak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. biasalah drama TAMIL berbelit apatah lagi HERONYA dapat pengampunan DIRAJA…jika tidak masih tidor kencing di sg buluh….hero tamil ini yg canang kegagalan menangi covid..tetapi jadi BISU PEKAK BUTA bila tempatnya dan wan azizah jadi juara COVID setiap hari dan berbulan2

    Hero nilah yang cetus penDERHAKAAN pada YDPA…tanpa bersYukur ….menyalak gila supaya Ordinan Darurat MESTI DIBATALKAN DIMANSUHKAN….MEMAKSA sidang parlimen diadakan masa covid…terbukti ada kluster Parlimen….Anwarfikun juga telah memperbodohkan YDPA dengan mencanangkan sudah ada NOMBOR EKOR majoriti menyakinkan… SEBAB UTAMA bahawa P unah H arapPAN tumbang kerana desakannya nak jadi pm

Comments are closed.