Andreas Pereira. - Foto Sky Sports.

LONDON – Pemain tengah, Andreas Pereira secara terbuka mengeluarkan kenyataan kepada Manchester United bahawa dia bukan lagi pemain baru.

Pereira yang dipinjamkan ke Lazio memberitahu dirinya hanya mahu menjadi pemain utama dan sentiasa membuktikan sesuatu kepada kelab.

Masa depan Pereira di United kini masih samar meskipun ia telah beraksi dengan baik pada pra musim namun terdapat desas-desus yang mengatakan ia tidak berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya sudah bersedia untuk bermain kerana Saya bukan pemain yang dianggap kanak-kanak.Saya pemain yang bersedia untuk memikul tanggungjawab.

“Saya percaya dengan masa bermain dan kesinambungan sebagai skuad utama dalam kedudukan saya kerana saya dapat menunjukkan apa yang telah saya lakukan di akademi,” kata Pereira seperti dilaporkan oleh Sportskeeda.

Dalam laporan sama, Lazio dikatakan tidak berminat untuk membeli Pereira secara kekal.

Namun, dia mendapat tawaran yang cukup menarik dari Turki dan kemungkinan akan berpindah Fenerbahce.

“Sekiranya minat itu benar, adalah sesuatu yang mengembirakan untuk bercakap dengan pasukan yang berminat dan melihat projek untuk karier saya,” kata Pereira.

“Mengenai Fenerbahce, ini adalah kelab dengan orang-orang yang meminati bola sepak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast