Lamont Marcell Jacobs.

TOKYO – Atlet Itali, Lamont Marcell Jacobs muncul sebagai manusia terpantas di Sukan Olimpik Tokyo selepas dia mencatatkan larian bergaya dalam acara 100 meter.

Pelari kelahiran Texas itu merekodkan 9.80 saat untuk mengatasi pelari Amerika Syarikat Fred Kerley dan Andre De Grasse dari Kanada.

Jacobs yang juara bertahan 60 meter dalam Dewan Eropah menjadi atlet pertama memenangi acara itu selain Usain Bolt sejak Justin Gatlin pada tahun 2004.

Dia sebelum ini beraksi dalam acara lompat jauh da memenangi Kejohanan Itali pada tahun 2016 sebelum bergelut mempertahankan pencapaiannya.

Jacobs, 26, turut menjadi atlet Eropah pertama memenangi acara 100m Olimpik sejak Linford Christie pada tahun 1992.

Dalam aksi dramatik itu, pelari Great Britain, Zharnel Hughes yang muncul atlet Britain pertama layak ke final 100m lelaki dalam tempoh 21 tahun disingkirkan kerana permulaan awal.

Yohan Blake tidak layak ke final dan menyaksikan buat pertama kali tiada jaguh pecut Jamaica dalam kelompok lapan terbaik sejak Sydney 2000.

Blake, 31, berkongsi gelaran sebagai pelari kedua terpantas dunia, mendedahkan ia adalah penyertaan terakhirnya di Olimpik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast