Laluan masuk ke kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara, dekat sini sunyi dan lengang tanpa pergerakan keluar masukk. Foto HAZROL ZAINAL, 02 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tiada pergerakan keluar masuk kenderaan rasmi kerajaan atau pun individu ternama di kediaman peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara petang ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati hanya kenderaan penduduk sekitar di lihat di hadapan pintu masuk Jalan Setia Bakti 7 itu.

Keadaan sekitar kediaman Perdana Menteri lengang tanpa pergerakan keluar masuk kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet bagi mengadakan pertemuan khas di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 OGOS 2021.

Namun difahamkan, kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar dari kediaman Muhyiddin sekitar tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook sebentar tadi, Muhyiddin memaklumkan beliau mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Keselamatan Negara secara atas talian bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.

Sejak Khamis lalu, kawasan kediaman Muhyiddin mula menjadi tumpuan pelbagai agensi media susulan satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara. – MalaysiaGazette