KUALA LUMPUR – Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meledak di media sosial kerana komited dan gara-gara senyuman menawannya.
Bagaimanapun segelintir lelaki pasti kecewa apabila mengetahui bahawa atlet berusia 22 tahun itu dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.
Pengakuan itu dikongsi menerusi temuramah dengan sebuah stesen radio baru-baru ini apabila menjawab pertanyaan sama ada senyuman berkenaan sudah ‘dijaga’ oleh seseorang.
“OKlah, saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya),” kata atlet berasal dari Kuala Lumpur itu walaupun teragak-agak untuk menjawab.
Memetik laporan majalah Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari lahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Azhar Apandi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjalin hubungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing.