LONDON – Pemain tengah Liverpool, Fabinho kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu apabila dia menyambung kontrak baharu yang diumumkan hari ini.
Pemain antarabangsa Brazil itu adalah pemain utama kedua dalam skuad Jurgen Klopp yang melanjutkan kontrak di Anfield selepas Trent Alexander-Arnold melengkapkan perjanjian baharu bulan lalu.
“Saya gembira menandatangani kontrak baharu bersama kelab,” kata Fabinho kepada liverpoolfc.com.
Media British melaporkan kontrak berkenaan berlanjutan sehingga sebelum permulaan kempen 2026/27.
Kontrak lama Fabinho sepatutnya berakhir pada hujung musim baharu ini.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Liverpool dari Monaco pada 2018 dan sejak itu melakukan 122 penampilan untuk Reds termasuk membantu kelab memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana. – MalaysiaGazette