Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Penerima lengkap dos vaksin yang diberi kelonggaran oleh menerusi pengumuman semalam sebenarnya amat merisaukan.

Mereka dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa pematuhan kebenaran yang diberikan seperti diumumkan Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Beliau tidak mahu penerima vaksin lengkap di kawasan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bergerak bebas dan dine in di restoran umpama ‘baru lepas dari kandang’.

“Pada pandangan saya, mereka yang telah menerima dua dos vaksin lengkap Covid-19 harus berjaga-jaga dan jangan jadi macam lepas dari kandang dan saya tahu ramai sudah ‘lemas’ berkurung lama akibat Covid-19 ini.

“Nak makan dine in sana sini sila berjaga-jaga dan kalau tak boleh dine in tidak perlu ambil risiko berkunjung ke restoran, bawa anak bawah 17 tahun tanpa vaksin yang dibenarkan kerajaan juga perlu berhati-hati kerana ia merisaukan kita.

“Kes meningkat saban hari sehingga mencecah 20,000 kes sekarang dan walaupun ada penurunan sedikit bawah paras itu, masih berlegar sekitar angka tersebut, kerajaan perlu fokus kepada kluster kilang yang paling banyak menyumbang kes,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Fuziah antara pemimpin yang dipanggil membantu siasatan dengan diajukan lebih kurang 48 soalan berhubung kejadian berhimpun di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dan Akta 342 SOP Kesihatan.

Bekas timbalan menteri itu khuatir dengan pengumuman kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin kepada penduduk di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara seperti di kawasannya di Kuantan, Pahang.

Dalam keadaan varian baharu Covid-19 seperti varian Delta dan Lambda mengganas, ia meletakkan rakyat dalam keadaan berbahaya.

“Kita tahu varian Delta mengganas dan tak pilih sama ada seseorang itu dah dapat dua dos atau tidak, sebab ada yang sudah divaksin dikesan positif dan meninggal dunia.

“Pada saya memang rakyat dalam keadaan ‘lemas’ sebab lama terkurung dan kerajaan harus fokus kepoada penyebar utama kluster kilang seperti yang dinyatakan Pengarah Kesihatan Selangor.

“Malah kadar vaksinasi yang rendah contohnya di Pahang yang baru mencecah 30 peratus sangat menyedihkan dan bukan satu perkembangan yang sihat maka saya pohon kerajaan memberi tumpuan segera.

“Jika ada pergerakan dari Selangor ke Pahang yang kadar vaksinasinya rendah, ada risiko pembawa virus tinggi ke Pahang selain virus varian Lambda dan mereka yang beralamat di Malaysia dan dibenarkan kuarantin wajib di rumah berisiko menyumbang kepada virus itu merebak,” keluhnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa jenis punya YB lah macam ni… Memalukan orang Melayu/Islam menyamakan warga Kuantan dengan BINATANG/LEMBU!!!! Saya nak TANYALAH YB yang MANUSIA BUKAN LEMBU ni… APA YANG YB dah buat untuk warga KUANTAN untuk MEMBANTU WARGA KUANTAN menangani wabak Covid-19 ni?

    1. Ada ke YB bagi bantuan BAKUL MAKANAN KE, ALATAN TABLET KE atau MELAWAT KAWASAN warga Kuantan yang kurang berkemampuan yang TERKESAN dengan Covid-19? Paling kurang pun BAGI LAH “BAKUL RUMPUT” untuk lembu-lembu di Kuantan ni

    2. Ada ke YB ambil PUSING yang KADAR VAKSINASI di Kuantan ini TERLALU PERLAHAN berbanding dengan di Lembah Klang. Ada ke YB merayu ke KERAJAAN PUSAT untuk MEMOHON BEKALAN VAKSIN YANG LEBIH KE KUANTAN. Sekurang-kurangnya Guan Eng berbangsa Cina dan non muslim tu LEBIH PRIHATIN kepada warga Pulau Pinang!!! MOHON banyak lagi PPC ke atau panjangkan waktu operasi PPV ke? Ada ke? Ramai yang masih MENUNGGU untuk DIVAKSIN walaupun telah MENDAFTAR seawal FEBRUARI dan MAC

    CUBA YB jawab SOALAN CEPU EMAS SAYA INI? Siapa yang lembu sebenarnya? Warga Kuantan ke YB Kuantan? Saya rasa LEMBU pun JAUH LEBIH BAIK, sebab LEMBU PUN BERPEGANG PADA TALI yang mengikatnya, KALAU MANUSIA TIDAK BERPEGANG PADA JANJI-JANJI semasa berkempen, FIKIR-FIKIR lah SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA?

    Wahai warga KUANTAN, PRU 15 nanti, LEBIH BAIK kita UNDI KAUM KITA SENDIRI….IAITU “LEMBU”

Comments are closed.