Sultan Sharafuddin Idris Shah

KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah tahun ini perlu dihayati dan diraikan dengan penuh kesedaran dan kefahaman untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, azam serta tekad perlu diperbaharui dengan mengubah cara berfikir dan bertindak, ke arah mencapai matlamat kecemerlangan dalam kehidupan.

“Bagi memastikan matlamat kecemerlangan ini tercapai, umat Islam perlu mencontohi sifat terpuji Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, dengan membuang segala sifat negatif yang ada pada diri kita.

“Ini termasuklah sifat hasad dengki dan fitnah-memfitnah yang dilakukan antara satu sama lain, khususnya dalam media sosial, yang boleh meruntuhkan perpaduan sesama ummah serta memberi kesan buruk, terutama kepada generasi akan datang.

“Jauhilah perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran dan sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran serta menyebarkan berita palsu yang merupakan sifat orang munafik,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin juga mengajak untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar seluruh umat Islam di negara ini sentiasa dilimpahi rahmat-Nya, selain dijauhkan daripada wabak penyakit serta kekal hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H kepada seluruh umat Islam,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast