ISKANDAR PUTERI – Persidangan Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ditangguhkan sehingga 22 Ogos in untuk melakukan penilaian terhadap risiko penularan pandemik Covid-19.
Pengumuman penangguhan itu dibuat oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ketika ini Speaker DUN Johor sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelasnya, langkah itu bagi membolehkan penilaian risiko kesihatan dibuat, selain SOP lebih ketat dilaksanakan di dewan berkenaan.
Penangguhan DUN Johor terpaksa dibuat bagi memastikan pematuhan SOP dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden di Parlimen berlaku pada sidang DUN Johor.
“Kerajaan negeri tidak mahu perkara yang berlaku di Parlimen, terjadi pada sidang DUN pula. Baru separuh jalan sudah ditangguhkan kerana terdapat kes jangkitan Covid-19 di sana.
“Dewan ini ditangguhkan sehingga 22 Ogos ini kerana perlunya mempertingkatkan lagi pematuhan SOP.
“Jadi untuk tujuan itu dewan akan berehat dahulu untuk tempoh seminggu ini agar segala keperluan SOP dapat dipatuhi.
“Antaranya ialah pemasangan lutsinar bilangan yang boleh hadir dalam dewan pada waktu persidangan, kaedah sebelum ke dewan.
“Kita juga akan membentuk satu gelombang pergerakan bagi 56 ahli dewan, tidak rapat dengan mana-mana pihak bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang media selepas sidang DUN Johor ditangguhkan. – MalaysiaGazette
“Kerajaan negeri tidak mahu perkara yang berlaku di Parlimen, terjadi pada sidang DUN pula. Baru separuh jalan sudah ditangguhkan kerana terdapat kes jangkitan Covid-19 di sana
TAHNIAH BERJALAN DENGAN HARMONI…..BERBANDING MP2 PEMBANGKANG MACAM BEROK dan SAKIT MENTAL bila bersidang dari hari pertama tempoh hari (Diungkap SULTAN JOHOR….JANGAN JADI DUN MACAM DALAM SANGKAR BEROK
107 MP BEROK2 mengamuk dan sombong ISU COVID bila KP KESIHATAN minta tangguh parlimen bersidang kerana KLUSTER PARLIMEN