Kejadian pagi tadi masih disiasat.

KUCHING – Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

“Ya berlaku, tetapi buat masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada pukul 7.15 pagi tadi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast