Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Min nampaknya mengambil pendirian positif dengan cadangan kerjasama rentas parti bagi membolehkan kerajaan bipartisan dibentuk.

Wakil rakyat DAP itu berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengusulkan beberapa reformasi institusi yang dapat kekal dalam politik Malaysia jika diluluskan.

“Saya berpendapat semua parti politik harus duduk untuk berbincang sama ada syarat ini boleh diterima atau tidak, bukan?” soalnya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Kian Min mengulas beberapa cadangan Muhyiddin dalam perutusannya hari ini yang mencadangkan kerjasama berkenaan diwujudkan sekiranya mendapat persetujuan parti-parti politik pembangkang.

Bagaimanapun pandangan Kian Min ternyata tidak dipersetujui majoriti netizen yang memberi komen terhadap kenyataannya.

Malah ada netizen tidak mahu lagi mengundinya dalam pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Kian Ming tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai ciapan berkenaan.

“Maaf tiada komen,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette sambil menamatkan perbualan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin beri jaminan bentang RUU jawatan PM dihadkan dua penggal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast