The Chairman of Perhubungan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Syed Abdul Aziz showing the memorandum for the Yang di-Pertuan Agong to grant Royal Pardon to Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak and to appoint him as the Caretaker Interim Prime Minister at Gate 3 of Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / Malaysiagazette / 13 AUGUST 2021. Pengerusi Perhubungan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Syed Abdul Aziz menunjukkan memorandum memohon pengampunan Diraja ke atas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekaligus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim
Pengerusi Perhubungan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Syed Abdul Aziz menunjukkan memorandum memohon pengampunan Diraja ke atas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekaligus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim "Caretaker" yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar memberikan pengampunan diraja kepada Datuk Seri NajibĀ  Razak.

Pengerusinya, Syed Muhammad Imran S.N. Syed Abdul Aziz berkata, ia merangkumi semua tindakan mahkamah, sama ada kes sedang berjalan mahupun yang telah dijatuhi hukuman bersalah ke atas Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau berkata, pengampunan itu penting bagi membolehkan bekas merdana Menteri itu kembali mentadbir negara, apatah lagi dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Selaku pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan Seri Paduka Baginda Tuanku dapat memberikan Pengampunan Diraja khusus kepada Orang Besar Berempat Pahang, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak daripada apa jua tindakan mahkamah.

“Patik yakin Allah saja mampu membuka mata hati semua rakyat untuk menerima kembali kepimpinan Datuk Seri Najib untuk mentadbir kerajaan dengan lebih sempurna dan menjamin kesejahteraan, kesentosaan dan kebahagiaan rakyat,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Pintu 3 Istana Negara, hari ini.

Terdahulu Syed Muhammad Imran menghantar memorandum kepada YDPA memohon Seri Paduka Baginda memberikan Pengampunan Diraja kepada Najib sekaligus melantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran juga mencadangkan kepada YDPA agar melantik Najib sebagai Perdana Menteri Interim bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Ia bagi menggantikan Muhyiddin yang gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, sekaligus membuktikan kegagalannya menangani politik dan mengekang jangkitan Covid-19 yang mencecah puluhan ribu kes berbanding hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri.

“Kegagalan Muhyiddin juga menyebabkan rakyat mengganggur, hilang upaya mencari sesuap nasi hingga ada yang membunuh diri, penutupan ratusan ribu perniagaan dan perusahaan kecil hingga muflis serta pelabur hilang keyakinan hingga menjejaskan ekonomi negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette