David Wong menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar di Skudai.
JOHOR BAHRU – Menyedari ramai rakyat terkesan ekoran penularan Covid-19,Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyampaikan sebanyak 130 kotak  menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Sumbangan itu disampaikan kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Bantuan makanan itu disampaikan oleh wakil baginda  Datuk David Wong kepada Jawatankuasa Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar, dan Rumah Berhala Tien Hiew Kiong di Skudai, Johor Bahru, pagi tadi.

Datuk David Wong berkata, bantuan makanan itu akan diagihkan kepada penerima-penerima oleh pihak jawatankuasa terbabit.

Baginda turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 75 pesakit yang sedang menerima rawatan dialisis.

“Pihak Jawatankuasa menjunjung kasih kepada Sultan Johor di atas kurniaan Baginda kepada golongan memerlukan, “ kata Wong kepada Royal Press Office. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast