Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Jika Raja Raja Melayu sendiri sudah bersuara kerana prihatin dan khuatir dengan keadaan semasa maka wajarlah semua pihak di negara ini mendengar dan taat kepada titah mereka.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyeru kepada semua pemimpin di negara ini supaya menginsafi segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

Pada masa yang sama, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa ketika ini bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19 adalah sangat tepat dan perlu dijunjung semua, katanya.

“Keselamatan dan kesihatan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi pemimpin negara ketika ini, bukannya untuk berebut kuasa bermusuhan sesama sendiri.

“Bercakaran merebut kuasa bukan sahaja merugikan rakyat daripada segenap sudut malah memalukan negara pada pandangan pihak luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nasrudin, pemimpin yang bercakaran menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga untuk kepentingan sendiri sehingga tanggungjawab membela rakyat semakin diabaikan.

Sehubungan dengan itu, YADIM dan 130 rakan badan bukan
kerajaan Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak terutamanya para pemimpin untuk menghentikan agenda bertelagah dan berebut kuasa ketika ini yang hanya akan memecahbelahkan negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Jangan rebut kuasa curi kuasa tebuk atap tak apa demi melayu islam. Bila melayu islam merintah haram rebut kuasa

  2. JADI KO “BASODIA” SALAHKAN YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU KERANA TELAH BERKENAN DENGAN PEMILIHAN PERDANA MENTERI SEKARANG.
    YANG LETAK JAWATAN ADALAH ATOK DAN ATOK SENDIRI MEMBERI KEPADA YDYA UNTUK MEMILIH SIAPA2 SAJA YG TUANKU MAHUKAN SEBAGAI PM DAN YDPA BUKAN BERTINDAK BERSENDIRIAN TETAPI BERSAMA RAJA-RAJA MELAYU MEMBINCANG SERTA MEIKIRKAN JANGKA PANJANG SEBELUM MEMUTUSKAN.
    JANGAN TUDUH SESUKA HATI KEPADA YDPA SERTA RAJA-RAJ MELAYU kami…

Comments are closed.