LONDON – Arsenal memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan 2-0 di tangan Brentford yang kembali beraksi dalam liga utama untuk tempoh 74 tahun.
Malah the Gunners diejek penyokong sendiri selepas mempamerkan aksi hambar pada perlawanan awal pagi tadi, lapor BBC Sport.
Gol pertama the Bees hadir pada minit ke-22 menerusi Sergi Canos.
Pada separuh masa kedua, the Bees terus mengasak kubu Arsenal dan usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-77 menerusi tandukan Christian Norgaard.
Pada musim ini, Arsenal yang hanya membawa masuk pemain pertahanan, Ben White pada harga £50 juta dilihat masih gagal memperkukuhkan jentera pertahanan pasukan itu.
Malah penyokong Arsenal yang mula mengkritik aksi hambar Arsenal dan mengecam kelab itu di laman media sosial sehingga ada yang mahu pengurus Mikel Arteta dipecat serta merta. – MalaysiaGazette