Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kematian di luar hospital (BID) akibat Covid-1 berjumlah 101 hari ini berbanding 181 di hospital.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, 55 kematian dalam kalangan bukan warganegara dan bakinya sebanyak 46 warga negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kematian BID tertinggi iaitu 49 kes, diikuti Kuala Lumpur 31 dengan 28 kes adalah bukan warganegara.

Bagi kematian di hospital, sebanyak 168 kes adalah warganegara dan 13 bukan warganegara.

Bagi kematian di hospital, Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 59 dengan 53 adalah warganegara, diikuti Johor 40.

Pulau Pinang dan Kedah masing-masing merekodkan 15 kematian dengan kesemuanya melibatkan warganegara.

Manakala Kuala Lumpur 14 kes dengan 13 warganegara dan satu bukan warganegara.

Perak pula 11 kes

Berdasarkan data terkini pada 14 Ogos lalu, nilai kebolehjangkitan RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17).

Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan (0.00) dan Putrajaya (0.89). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast