Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai semasa keluar dari Pintu 1 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Barisan Kabinet Perikatan Nasional telah melepaskan jawatan masing-masing hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menurut beliau, peletakan jawatan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Terima kasih di atas peluang berkhidmat kepada negara. Semoga Allah memelihara Malaysia,” katanya menerusi Twitter.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebentar tadi berkata, ‘mesyuarat Kabinet terakhir’ Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai. – MalaysiaGazette