Foto The Sun.

KUALA LUMPUR – Impian bekas bintang UFC, Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam sukan bola sepak akhirnya tercapai apabila sebuah kelab dari Liga divisyen 3 Rusia, FC Legion Dynamo menawarkan kontrak profesional kepadanya, lapor Daily Mail.

Khabib sebelum ini menunjukkan kemahirannya bermain bola sepak ketika perlawanan persahabatan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai.

Aksinya itu telah menarik perhatian para peminat setia sehingga menjadi tular di media sosial.

Banyak kelab dari Rusia menawarkan kontrak kepadanya namun dia telah mencapai persetujuan untuk menyertai Legion Dynamo.
Dalam satu kenyataan, kelab tersebut sedia untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan utama dari Rusia.
“Perlawanan hebat sedang menanti. Kami memerlukan pemain yang hebat. Kami sedia menerima saingan daripada pasukan Liga Premier Rusia kerana kami mempunyai Khabib Nurmagomedov,” kata kenyataan itu.

Khabib amat meminati sukan bola sepak dan dia mahu kembali ke padang selepas bersara daripada UFC.

Dia yang berusia 32 tahun itu juga merupakan peminat setia Cristiano Ronaldo selain peminat Real Madrid di Sepanyol dan Anzhi Makhachkala di Rusia.

Khabib banyak menonton aksi Liga Perdana, Inggeris, La Liga serta Liga Juara Juara Eropah dan turut memiliki pengetahuan yang luar biasa dalam bola sepak.

Malah, Khabib juga menegaskan jika berada di England, dia sudah lama menyertai pasukan Liverpool. – Mail Online

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast