Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohammad Zuki Ali mengadakan perjumpaan bersama PM Caretaker Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Jalan Setia Bakti 6, Bukit Damansara pagi ini.

KUALA LUMPUR – Sehari selepas meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan dilantik sebagai perdana menteri caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sejak pagi tadi tenang.

Muhyiddin juga tidak kelihatan keluar dari kediamannya sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu dipercayai mula menerima kunjungan beberapa orang ternama dan pegawai tertinggi kerajaan sejak 11 pagi tadi.

Pada mulanya, dua motosikal polis pengiring memasuki kediamannya dari jam 10 pagi tadi.

Sekitar jam 11.30 pagi tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menaiki kenderaan Land Cruiser DDT25 memasuki kediaman Muhyiddin.

Kira-kira 15 minit kemudian, kenderaan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohammad Zuki Ali pula hadir menaiki kenderaan Vellfire.

Di belakang kenderaan Mohammad Zuki kelihatan Velfire yang dinaiki Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Idrus dan Mohammad Zuki meninggalkan kawasan kediaman Muhyiddin sekitar jam 12.35 tengah hari.

Sekitar jam 12.20 tengahari pula Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohammad Redzuan Yusof yang juga menaiki Vellfire hitam memasuki ke kawasan kediaman Muhyiddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast