Hud Distribution Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengedaran susu jenama Summerfield telah mengedarkan sebanyak 720 kotak susu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Bagan Serai, Perak, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian yang dijangkiti Covid-19 yang terus meningkat sudah pasti membuatkan semua petugas barisan  hadapan kepenatan, kelesuan dan ada yang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Malah lebih menyedihkan, wabak ini turut meragut nyawa mereka dan pemergian mereka terus diratapi ahli keluarga.

Sebagai tanda sokongan kepada petugasa barisan depan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa mereka yang dijangkiti kuman pembawa maut, itu, Hud Distribution Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengedaran susu jenama Summerfield telah mengedarkan sebanyak  720 kotak susu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Bagan Serai, Perak baru-baru ini.

Noorhidayati Mohd Zuhudin.

Pengarah syarikat itu, Noorhidayati Mohd Zuhudin berkata, selain memberi susu percuma, kehadiran pihaknya adalah untuk menggembirakan dan menceriakan petugas barisan depan yang sedang bertugas.

“Sebagai barisan hadapan yang menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka sendiri perlu sihat dan bertenaga dan umpama barisan pertahanan yang memastikan kesejahteraan dan keamanan orang ramai.

“Hampir dua tahun dunia dan negara ini khususnya dilanda wabak menggerunkan ini, rutin harian mereka  turut berubah apabila mereka terpaksa mengerah tenaga dan masa mereka 24 sehari kerana wabak ini bukanlah penyakit biasa.

“Ia adalah pembunuh senyap yang ‘kedatangannya’  tidak dapat dilihat dan dirasa dan petugas barisan depan terus berjuang  untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Noorhidayati menambah, produk susu itu juga turut diberikan kepada orang ramai hadir untuk divaksin bagi mengelak mendapat kesan samping seperti badan tidak selesa, demam dan lesu.

Tambah belia, selain pemberian susu percuma  di PPV Bagan Serai itu, Hud Distribution akan turut mengedar produk sama ke PPV sekitar Ipoh dan Tanjung Malim termasuk di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Produk susu jenama Summerfield ini memiliku tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate. Selain kesedapannya, ia juga berkhasiat dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

“Ketika ini, kami telah mengedarkan Summerfield di seluruh Perak dan susu ini dapat dibeli dihampir 200 kedai di negeri ini. Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini, kami  sedang mencari ejen dan sangat mengalu-alukan mereka yang terputus punca pendapatan akibat pandemik ini untuk menjadi wakil jualan syarikat kami,” katanya.

Noorhidayati berkata, modal untuk menjadi ejen adalah serendah RM86 sahaja dan mereka yang memiliki modal boleh datang berbincang di pejabat yang beroperasi di Klebang Bistari, Ipoh atau hubungi talian 013-2222084. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast