Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas mewakilkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang ini.

Beliau membawa amanah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencadangkan pendirian parti itu dalam menghadapi kemelut politik yang berlaku hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memasuki Istana Negara kira-kira jam 2 petang tadi, untuk mempersembahkan calon Perdana Menteri kesembilan.

Selain beliau, semua ketua-ketua parti politik dari UMNO, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut masuk mengadap.

“Saya minta semua ahli dan penyokong Pas supaya bertenang dan mendapatkan maklumat rasmi parti dari sumber yang sahih.

“Dalam situasi getir begini, amalan zikir adalah yang terbaik untuk dipraktikkan, katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini susulan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menggugurkan Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN), semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast