Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malam ini ini tular satu edaran memaklumkan seramai 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pas, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), STAR, MCA, MIC dan tiga bebas akan ke Istana Negara.

Kesemua mereka dipercayai menyokong calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjawat jawatan perdana menteri.

Edaran yang memetik nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu memaklumkan, mereka dipanggil untuk ke Istana Negara setelah Ismail Sabri dipercayai mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.

“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Datuk Seri Najib Abdul Razak, Ahli-ahli Dewan Tertinggi BN dan semua anggota parlimen kita,” kata edaran itu.

Kesemua 114 Ahli Parlimen itu akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara secara berperingkat mulai jam 10 pagi esok dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) antara parti pertama yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok diikuti Bersatu dengan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 11.10 pagi.

Pada jam 2 petang, giliran UMNO yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diikuti 11 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen daripada Pas pula pada jam 4.20 petang dengan diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kesemua 220 ahli Parlimen diberi mandat untuk menamakan calon perdana menteri yang mendapat kepercayaan mereka untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan Isnin lalu.

Mereka diberi tempoh sehingga jam 4 petang tadi bermula semalam untuk berbuat demikian. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bodoh punya PH, bertungkus lumus PRU14 nak jatuhkan UMNO, sekarang UMNO pula yang dapat jadi PM. Muhyidin dah bagi tawaran bagus untuk PH seperti Ketua Pembangkang dapat gaji, kerana bodoh sombong nya mereka, habuk pun tiada.

  2. DENGAR SINI DAN TEMGOK SINI…..ini ANWAR FIKUN nak bagi tau SAYA ADA NOMBOR CUKUP dan MAJORITIIII menyakinkan UTK DIANGKATTTTT sebagai PM…..oops PM Nombor EKOR selamanya ATAU JADI PM di 2 tempat Strategik di SUNGAI BULOH saja.

    Muhyiddin letak jawatan kerana bercakap benar, Anwar menipu konon ada majoriti….

    maka berkatalah juak2 ANWARFIKUN…..ANWAR memang layak jadi pm kerana legasi tidak rasuah/kelopkrat/ suci SESUCINYA….spt kata mahfoz/lks/mat saburabut TETAPI RAKYAT tidak LUPA …P unah H arapan tetap dengan P akatan Hancingnya mengencing MANDAT MANIFESTO.

    dengan kesombongan kemaruk jadi PM… hilang KEMALUAN terus menyalak TSMY serta P N kerajaan GAGAL…tiada majoriti…tetapi meratibrayu mereka yang digelar katak2 politik kembali untuk duduk dalam Payung dan Khemah BESAR/Demo Haram konon xdak dpt ke parlimen utk cukupkan majoriti nuar
    ALLAHUAKBAR….ratiban DAN fitnahh rm 90 JUTA /RM 1.4 JUTA/dan terbaru rm 30 JUTA memakan balik diri kamu pembangkang/penyokong/pengundi yang TERUSS GAGAL….SYABAS dan TAHNIAH

Comments are closed.