KUALA LUMPUR – Hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) setakat semalam.
JKJAV dalam data infografik yang dikongsi menerusi Twitter menunjukkan jumlah kumulatif dos vaksin adalah sebanyak 29,368, 856.
Sejumlah 17,625,760 menerima dos pertama dan 11,743,096 mendapat dos lengkap.
Daripada jumlah itu, seramai 54 peratus populasi negara sudah menerima dos pertama dan 36 peratus dos kedua.
Menurutnya, dari segi peratusan populasi dewasa pula masing-masing 75.3% untuk dos pertama dan 50.2% dos kedua. – MalaysiaGazette