Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berharap perdana menteri yang baharu dan Jemaah Menteri Kabinet yang baharu akan memberi penekanan terhadap pembaharuan institusi dan amalan tadbir urus yang baik.

Meskipun jelas perdana menteri dan Kabinet baharu perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani pandemik dan kesan buruknya terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat, adalah amat baik sekiranya kerajaan baharu meletakkan hak asasi manusia sebagai teras utama dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Kerajaan seperti ini akan melaksanakan strategi tersusun untuk seboleh mungkin mempromosi, melindungi dan menyokong pendekatan hak asasi manusia.

Sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan, Suhakam komited untuk terus bekerjasama dengan kementerian dan ahli Parlimen dengan mengemukakan syor-syor, selari dengan mandat yang diberikan di bawah peruntukan undang-undangnya untuk menasihati Kerajaan berkenaan dengan isu-isu hak asasi manusia.

Suhakam menegaskan bahawa hak asasi manusia tidak seharusnya menjadi agenda sampingan dan kerajaan yang bakal memerintah perlu menunjukkan komitmen untuk menghormati maruah manusia dan kebebasan asasi seperti mana yang dinyatakan di bawah Perkara 5-13 Perlembagaan Persekutuan, yang mana berfungsi sebagai pemacu ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia dan seterusnya memulihkan harapan rakyat Malaysia serta menyuburkan amalan demokrasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast